Wednesday, August 12, 2015

MURAL PERTAMA

Mural pertama di SK Parit Gantong....hahaha first time buat memang kekok. Maklumlah dah biasa melukis di atas kertas dan canvas kecil saja, tiba-tiba diberikan tugasan untuk menyiapkan mural sebesar ini. Memang sibuk sebab rush2 nak kejar buat ilustrasi buku. Tak silap pada tahun 2012 buat mural ni dan masih ada hingga tahun 2015. Kalau nak buat tempahan, boleh hubungi 0136557381 ye!

Pameran Solo Pertama di SMK Sungai Rambai Melaka!

Pameran solo pada September 2012 sememangnya merupakan pencapaian istimewa bagi saya sebagai seorang pelukis biasa kerana bukan mudah untuk mengadakan pameran, apatah lagi mencari keyakinan orang tentang kelebihan kita.


Friday, August 7, 2015

Bengkel Melukis untuk Murid-Murid SK Tedong Melaka


Antara hari yang membahagikan saya ialah dijemput untuk melaksanakan bengkel melukis bersama murid-murid SK Tedong Melaka. Aktiviti yang dijalankan semasa bengkel ialah kemahiran asas melukis, kemahiran asas mewarna dengan pensel warna dan mengajar kemahiran asas mewarna dengan menggunakan warna air. Bukan murid sahaja yang memperoleh kemahiran baharu, malah guru-guru sekolah dan saya memperoleh pengalaman baharu. Saya berharap agar diberi peluang sekali lagi untuk melaksanakan bengkel seperti ini di sekolah-sekolah rendah. Sebarang pertanyaan, hubungi saya di 0136557381

Tuesday, August 4, 2015

Proses Menerbitkan Buku bersama Dewan Bahasa dan Pustaka! :D


Selesai sudah berurusan di DBP bersama penulis terkenal Negeri Sembilan, Puan Mahaya untuk menghasilkan buku bertajuk 'Sang Juara'. Walaupun dah berulang kali ke DBP, namun buku masih belum diterbitkan....tak mengapa, lagipun DBP mementingkan kualiti dan jika sudah diterbitkan, sangat beruntunglah siapa yang menghasilkannya. :)

Monday, August 3, 2015

Mural lagi~


Kali ni mural dihasilkan di Madrasah Pasti di kawasan Seremban 2, berdekatan dengan City Park ke? Alhamdulillah makin banyak peningkatan kemahiran menghasilkan mural....dalam kesibukan menghasilkan mural dan belajar, sekarang saya sedang mengusahakan satu lagi projek khas...akan diceritakan pada post akan datang! Untuk sebarang pertanyaan atau info tentang mural, bolehlah hubungi saya di 0136557381! :D

Saturday, August 1, 2015

Ilustrasi Buku Kanak-Kanak....Buku Pertama dah Diterbitkan!

http://ebook.kotabuku.my/view_product.php?pid=380&category_ID=95


Alhamdulillah, akhirnya buku pertamaku iaitu buku kanak-kanak bertajuk 'Pengembaraan Jambu Air' telah diterbitkan oleh Kota Buku pada tahun lepas....semoga menjadi pemangkin semangat untuk menghasilkan beberapa lagi buah buku kanak-kanak. Dewan Bahasa dan Pustaka sasaranku selepas ini. :)

Thursday, July 23, 2015

Projek Mural untuk Prasekolah SK Tedong Melaka





Mural dihasilkan dengan menggunakan cat pelaka dan dikemaskan lagi dengan menggunakan semburan lut sinar. Saya gemar mengambil tempahan untuk menghasilkan mural terutama sekali mural untuk prasekolah dan tadika. Ingin memperoleh upah yang lumayan bukanlah matlamat utama, tetapi apa yang saya inginkan ialah berseronok bermain warna dan berharap kemahiran menghasilkan mural akan semakin baik. :) Hubungi 0136557381 sekiranya anda inginkan saya menghasilkan mural di bangunan anda ;)